Back To Normal
Click Here To Subscribe Via Email

Subscribe To Our E-Mail Newsletter

Wednesday, July 20, 2011

Kerja Kosong Kerajaan Malaysia

Setiap hari ada sahaja mereka yang bertanya berkenaan kerja kosong dekat tempat kerja kerajaan. Mana mana tempat sudah tentunya ada kekosongan jawatan yang perlu diisi dengan kadar segera atau mengikut tempoh yang tertentu.

Iklan jawatan kosong sudah tentunya menjadi buruan mereka yang mahu kerja dengan kerajaan. Habis aje belajar dengan sijil atau diploma yang ada mereka akan membelek surat khabar atau melayari internet untuk mengetahui jawatan kosong yang terkini.

Adik aku jugak macam tu... asyik duk merayau cariannya berkenaan jawatan kosong yang terkini. Dekat mana lagi kalo bukan internet. Menaip jawatan kosong sudah terpapar laman web yang akan update jawatan terkini yang ada kekosongan.

Kemudian langkah yang seterusnya memburu jawatan kosong tersebut hingga dapat.

Dapat temuduga pun jadilah biarpun tak dapat kerja lagi... hehehehe

Temuduga pun kena lulus dengan lancar dan cara untuk dapatkan kerja pun kena ada strateginya yang tersendiri. Tak lulus temuduga dapat pengalaman pun dah kiranya okay. Nak dapatkan kerja sekarang bukan senang kalo operasi temuduga tidak berjalan lancar.

Berapa banyak temuduga yang telah anda hadiri dan berapa banyak kerja yang telah anda cari selepas tamat zaman persekolahan anda?

Semoga maju jaya dalam kerjaya anda dan juga lulus temuduga kerja dengan cemerlang serta dapat pekerjaan yang anda mahukan tersebut.

Hidup perlu kerja bukan hanya duduk saja saja.
Read More


Tuesday, July 12, 2011

Jangan Gagal Dalam Exam PTD's



Tiada sebab untuk anda gagal lagi dengan rujukan peperiksaan dengan team tips ptd.

Entah lah, sama ada ini satu konspirasi atau
tidak, tapi ianya pasti menyukarkan calon
mengisi jawatan ini..


...Pegawai Tadbir Diplomatik M41


Jika diikutkan statistik Ujian Bertulis untuk
M41 Pegawai Tadbir Diplomatik yang lepas, ianya
boleh dikatakan agak sukar dan ramai yang tak
lepas..

44,935 calon GAGAL!! >> Konspirasi?

Kebanyakannya gagal
hanya kerana mereka tidak tahu situasi sebenar
dan tiadanya rujukan yang khusus tentang
bagaimana peperiksaan tersebut. Jika anda ingin
berjaya dalam peperiksaan tersebut, anda harus
buat satu persediaan yang rapi dan khusus dan
satu-satunya rujukan khusus untuk peperiksaan
ini adalah

Rujukan tips PTD untuk anda.

Anda boleh lihat sendiri 'life' testimonial
mereka yang telah berjaya di sana dan tak syak
lagi, inilah rujukan yang anda perlukan bagi
berjaya menjawat jawatan dalam ELIT Perkhidmatan
Awam ini.

Salam kejayaan untuk anda.

abdfatah malik

p/s Jangan ambil remeh dengan peperiksaan
bertulis ini, jika tidak anda akan tergolong
dalam golongan mereka yang GAGAL ujian ini.
Pilih untuk LULUS dengan memiliki Pakej ini
sekarang!

Tips PTD untuk anda.


Read More


Saturday, July 2, 2011

Oh Nasi lemak panas bercili api... Angkara siapa punya larangan????

Dulu nasi lemak awal pagi mesti ada dekat kedai2 kopi atau mereka yang jual secara persendirian guna moto atau beskal. Sekarang nasi lemak sudah memasuki fasa nasi lemak 24 jam dengan adanya restoran2 24 jam. Macam mana pula yer dengan restoran nasi lemak 24 jam? Takkan takleh nak jual nasi lemak pulak?

Aku rasa nasi lemak nih ada saingannya yang tersendiri merajai kantin kantin sekolah. Nih apa kes nak halang orang berniaga nasi lemak dekat sekolah? Luar sekolah pun menjadi tempiasnya pasal obesiti yang berkait dengan nasi lemak.

siapa punya angkara suruh buat larangan jualan nasi lemak nih hahhhh????

Makan nasi lemak hari hari boleh gemuk ka? Makan menda lain yang lebih kurang dengan kadar lemak dengan nasi lemak macam mana pulak?

Takkan obesiti kegemukan punya pasal nasi lemak yang perlu dipersalahkan? Bukan nasik lemak aje menyumbangkan kadar obesiti dekat negara malaysia nih.

Kat luar negara sana ada ramai orang gemuk dan terlebih obesiti tak makan nasi lemak pun. Nasi lemak jugak yang menjadi mangsa keadaan...

Oh nasibnya sebungkus nasi lemak. Nasi lemak menjadi isu hangat penyebab kepada obesiti di sekolah? Bagaimana pula dengan mereka yang telah habis belajar? Tentunya akan mencari nasi lemak kat mana2 toko perniagaan nasi lemak yang terkenal.

Jom berniaga nasi lemak dekat sekolah...
Read More