Back To Normal
Click Here To Subscribe Via Email

Subscribe To Our E-Mail Newsletter

Tuesday, May 19, 2009

Zahra Melayu Boleh merenangi selat inggeris


Couch ModePrint It


Najib anggap Zahra contoh remaja negara


PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata cabaran yang akan dihadapi Zahra Masoumah Abdul Halim, 18, untuk berenang merentasi Selat Inggeris harus dijadikan pendorong kepada generasi muda masa kini untuk terus tampil dengan pelbagai kejayaan luar biasa.

Perdana Menteri berkata walaupun kebolehan mencipta kejayaan luar biasa tidak dimiliki semua orang, namun ia adalah cabaran yang sebenarnya boleh diatasi jika aspek itu dijadikan amalan dan kebiasaan dalam kehidupan.

"Adalah menjadi harapan saya agar usaha Zahra Masoumah dijadikan pemangkin kepada cabaran kepada generasi muda.


"Kita juga mahukan remaja ini dijadikan contoh untuk remaja negara kita," katanya semasa berucap pada majlis penyerahan bendera dan tajaan Ekspedisi Ekstrem 7 Benua 7 Nilai (EE7B7N) di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.


Pada majlis itu, Zahra, perenang EE7B7N fasa ketiga menerima Jalur Gemilang dan wang tajaan berjumlah RM155,000 untuk projek menyeberangi Selat Inggeris pada Julai nanti.

Zahra yang sudah menjalani latihan sejak 2007, berjaya berenang menyeberangi Selat Dinding di Lumut sejauh 8.9 kilometer (km) dan merentasi Selat Melaka dari Pulau Langkawi ke Kuala Perlis sejauh 43 km.

Cubaan menyeberangi Selat Inggeris memerlukan Zahra berenang sejauh 34 hingga 37 km dari Dover di selatan England ke Calais, di utara Perancis, selain terpaksa menempuh keadaan arus yang tidak menentu dan suhu air yang sejuk pada paras 15 darjah Celsius.

Beliau bakal mencatat sejarah sebagai perenang Islam termuda di dunia menyeberangi Selat Inggeris.

Perdana Menteri berkata Malaysia masih dahagakan kejayaan kaum wanita, justeru usaha Zahrah bukan sahaja dilakukan pada masa yang tepat, bahkan ia adalah medium terbaik untuk mengangkat nama dan martabat kaum wanita di Malaysia.

"Cabaran ini bukan mudah. Cuaca sejuk sekitar 15 Celsius, cabaran dari segi arus deras juga harus diambil kira. Ini sudah tentu akan menjadi cabaran yang sangat hebat kepada perenang kita.

"Saya yakin beliau akan berjaya kerana bangsa Malaysia adalah bangsa yang berjiwa besar," katanya. - Bernama



Itulah dia cerita Melayu Boleh yang akan menyertai misi cabaran untuk menyeberangi Selat Inggeris. Jadikan beliau satu idola semangat juang yang tinggi untuk terus maju ke hadapan untuk mengharumkan negara Malaysia.

Dengan semangat Melayu Boleh yang beliau tonjolkan itu membuktikan remaja Melayu Boleh tidak seharusnya mensia-siakan masa dengan perkara yang tidak berfaedah. Seharusnya kita berusaha membuat perkara yang berfaedah dan terbaik untuk diri sendiri dengan semangat juang Melayu boleh.




Click Here For Smileys :D
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment