Back To Normal
Click Here To Subscribe Via Email

Subscribe To Our E-Mail Newsletter

Thursday, April 23, 2009

Azizul Hasni dengan semangat Melayu Boleh


Couch ModePrint It



AZIZULHASNI Awang (kiri) bersama Gregory Bauge (tengah) dan pemenang tempat ketiga, Kevin Sireau pada penyampaian hadiah acara pecut Kejohanan Trek Dunia di Pruszkow, semalam.

KUALA LUMPUR – Satu lagi sejarah baru tercipta apabila jaguh pecut berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang berjaya menyumbang pingat perak menerusi acara pecut pada Kejohanan Dunia, semalam.

Selepas Rizal Tisin meraih gangsa menerusi acara 1km ujian masa, kelmarin Azizulhasni memberi kegembiraan berganda buat Malaysia yang tidak pernah menang pingat pada Kejohanan Dunia dalam sejarah lebih 50 tahun sukan lumba basikal negara.

Walaupun bukan pingat emas tetapi ia sudah cukup membanggakan terutama kejayaannya layak ke perlumbaan akhir di samping menewaskan jaguh-jaguh handalan dunia di Pruzskow, Poland ini.

Malah, pencapaian yang ditunjukkan Azizulhasni ini dicipta terlalu awal daripada yang dijangkakan terutama dalam usia yang masih muda dan masih kurang pengalaman.

Cuma nasib sahaja tidak menyebelahinya untuk mencatat sejarah lebih besar semalam kerana Azizulhasni sebenarnya mampu meraih emas jika tidak kerana silap strategi di saringan penentuan.


Kejohanan Berbasikal Dunia memang sengit persaingannya. Azizul Hasni mendapat gelaran The Pocket Rocket Man dalam kelompok pelumba basikal profesional dunia yang telah memberikan satu impak maksima dengan kejayaan Melayu Boleh beliau memenangi pingat Perak di Poland. Sudah tentunya semangat juang beliau cukup tinggi untuk membawakan sinar kejayaan yang membanggakan buat negara Malaysia.

Beliau telah membuktikan Melayu Boleh dalam arena kejohanan sukan lumba basikal dunia. Lain kali peluang masih ada untuk mencuba dengan lebih baik lagi. Selamat maju jaya buat Melayu Boleh Azizul Hasni.

Click Here For Smileys :D
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment