Back To Normal
Click Here To Subscribe Via Email

Subscribe To Our E-Mail Newsletter

Thursday, May 5, 2011

oh nasi lemak Osama bin Laden.

oh nasi lemak Osama bin Laden.

cukup menarik sekali perihal cerita nasi lemak. nasi lemak pun dah jadi hak milik. Dah kena paten pulak dah. Takleh nak meniru. Kalo tiru kena dakwa. Tukar nama lain laa... hehehe

Lebih menarik lagi berkaitan dengan nasi lemak osama bin laden.

Godam: 'Nasi Lemak Osama Bin Laden'
Bersama Salbiah Ani

2011/05/05
KEBETULAN awal minggu ini, penulis dan beberapa rakan sembang berkunjung ke selatan tanah air bukan untuk makan angin, tetapi mengisi masa dengan diskusi di tempat yang di luar kebiasaan kerana sudah lama tidak bertemu, apalagi bergebang.

Entah bagaimana ketika sedang mencari-cari gerai yang sesuai untuk menjamu selera, salah seorang daripada kami terpandangkan tulisan ‘Nasi Lemak Osama Bin Ladin’, lalu keputusan dibuat gerai terbabit menjadi pilihan untuk medan sembang kami.
Ringan sangat mulut penulis tengah hari itu mengorek isi hati peniaga terbabit lalu bertanya: “Kenapa Nasi Lemak Osama Bin Ladin? Marah dengan Amerika Syarikat dan mahu tunjuk protes ke, sampai nasi lemak pun diberi nama sedemikian?”
Peniaga itu menjawab dengan muka selamba: “Marah tidak, protes pun tidak. Tapi kesal sebab meskipun kita merdeka, tetapi dari segi tindakan dan akal budi kita semua masih terjajah. Kita merelakan diri diperbodohkan, sekalipun oleh musuh.

“Setidak-tidaknya Nasi Lemak Osama Bin Laden saya mengajak pembeli berfikir. Mengapa nama ini yang saya berikan? Mengapa nasi lemak dan mengapa Osama Bin Laden? Terserah pada budi bicara mereka untuk merenung apa yang cuba saya sampaikan.”

Penulis terus mengumpan peniaga itu dengan soalan: “Mengapa? Bukankah satu dunia tunduk kepada Amerika Syarikat. Nak buat macam mana. Negara Islam pun membisu seribu bahasa bila Osama Bin Laden dituduh pengganas. Memang saya kesal. Bila Islam saja dikaitkan dengan keganasan. Kita negara kecil lagi tak berdaya.”

Lalu pertanyaan penulis ditempelak dengan kenyataan berikut: “Hai tak akan puan tak perasan. Kita semua tunduk pada Polis Dunia itu dalam banyak hal dan tak bertempat. Sekalipun ketika saudara seislam menjadi mangsa kezaliman mereka, kita masih huhahuha.
“Itu sebab mereka melabel Islam sesuka hati dan mengikut definisi jumud. Mereka kata Islam pengganas, kita terima. Mereka serang Palestin, Afghanistan dan Libya, seranglah. Tak kena batang hidung sendiri. Biarlah apa Amerika Syarikat dan anak emas mereka, Israel nak buat.

“Padan muka bila satu dunia diperbodohkan dengan gambar Osama Bin Laden, sebelum dan selepas ditembak dalam serang hendap. Ada ke masuk akal ditembak di kepala, tapi wajah masih terpelihara sempurna. Logik ke? Mahu tak bersepai kalau peluru tepat mengenai kepala?”

Penulis dan rakan sembang tersenyum mendengar jawapan peniaga yang meskipun hanya orang biasa, tetapi panjang akal dan menunjukkan pendirian tanpa suara lagi terbuka sehingga terpancar situasi ‘apabila manusia bertuhankan Amerika Syarikat’, kebenaran di depan mata terbenam jauh.

Apa yang diperkatakan peniaga terbabit ada benarnya dan penulis tidak peduli dengan cara Osama Bin Laden dibunuh dan kenyataan berdegar-degar Amerika Syarikat, tetapi ralat dengan pembohongan dalam pengedaran gambar Allahyarham yang diedarkan kepada media.

Mengapa selepas gambar terbabit dipersoalkan, baru kenyataan gambar sebenar pemimpin Al-Qaeda itu dikatakan menunjukkan otak yang terburai diberitahu kepada awam dan apa niat sebenar gambar yang diubahsuai itu diedarkan?

Persoalan Osama Bin Ladin kemudian berpanjang kepada nasi lemak: “Mengapa nasi lemak? Mengapa tidak bihun, karipap, kuih salad, putu piring, pisang goreng, soto, nasi kerabu dan jemput-jemput?”

Mudah saja peniaga itu menjawab pertanyaan penulis: “Sakit hati sebab nasi lemak jadi mangsa tuduhan tak berasas menyebabkan pelajar obesiti sehingga larangan jualannya dikuatkuasakan. Hanya dua kali seminggu dibenarkan. Bukan semua pelajar makan nasi lemak hari-hari.

“Suatu kenyataan lebih berupa andaian kerana ia tidak berdasarkan kajian khusus mengenai pemakanan terbabit dan apa juga makanan dalam kategori mana sekalipun, jika pengambilannya tidak berhemah akan memudaratkan kesihatan!

“Lebih buruk lagi saya melihat ini sebagai agenda membunuh peniaga kecil Melayu yang bergantung hidup kepada jualan nasi lemak. Mengapa mesti peraturan dibuat berdasarkan andaian. Sengaja nak menakutkan rakyat dan bunuh peluang rezeki kami.”

Penulis balas kata-kata peniaga terbabit dengan kenyataan berikut: “Bukan bunuh tapi nak suruh berniaga besar. Import eksport ke? Buat kilang besar ke? Berniaga global ke? Dah alaf ketiga tak akan masih di takuk lama. Kalau dulu jual nasi lemak di tepi, kurang-kurang sekarang dah ada restoran.”

Peniaga itu membalas kenyataan penulis demikian: “Macam mana nak besarkan perniagaan kalau dah pinjaman pun susah nak lulus. Ingat segala macam pembaharuan peraturan dalam pinjaman yang diperkenalkan dapat melembutkan hati bank kepada peminjam seperti kami ke? Nak berharap kepada Amanah Ikhtiar Malaysia, siapa dan berapa pula aje yang boleh diperoleh?”

Penulis terkedu dengan jawapan itu, tetapi mengakui hakikat bahawa nasi lemak membawa imej orang Melayu kerana ia makanan wajib sejak zaman dulu sehingga kini dan Singapura mengiktiraf nasi lemak sebagai milik mereka.
Read More


Monday, May 2, 2011

selamat hari pekerja | Tunjuk pErasaan hari pekerja

Selamat hari pekerja untuk semua.

Kerja elok elok yer. Jangan kerja mengular sudah... jangan kerja curi tulang sudah. Jangan susahkan diri sendiri dengan tidak kerja... kerja dengan komitmen yang padu.

Kerja dengan sebaik mungkin.

Kalo tak puas hati dengan kerja yang ada sila cari kerja lain.

Jangan buat mogok hari pekerja seluruh dunia... kecuali majikan tidak bayar gaji.

Jangan sekali sekali buat tunjuk perasaan untuk hari pekerja... kecuali majikan zalim.

Bukan mudah nak dapat kerja kalo dah berhenti kerja. Susah susah dapat kerja nak cari kerja lain pulak? Silakan cari kerja lain jika tidak suka kerja yang anda lakukan.

Selamat maju jaya kepada para pekerja sekalian. Jadilah pekerja yang cemerlang dan terbilang.
Read More