Back To Normal
Click Here To Subscribe Via Email

Subscribe To Our E-Mail Newsletter

Friday, April 29, 2011

Asyik kena komen aje...

Kerja dah okay. Namun tetap kena komen sana sini. Biasalah tu nama lagi kerja dengan majikan. Siapapun anda kerjalah dengan sebaik mungkin biarpun hati terus bergelut memberontak disebabkan kerja yang telah kita sandang buat masa kini. Kalo dah kerja mana mau cari kerja lain?

Kerja kat mana-mana pun kena ada disiplinnya. Takder disiplin mana boleh buat kerja. Jika takder disiplin yang tinggi sudah tentunya mana-mana kerja sekalipun akan terbengkalai. Kena komen sana sini oleh boss. Pedih telinga mendengar leteran boss setiap hari.

Boss tegur untuk kebaikan dan kelancaran kerja-kerja yang sepatutnya berjalan lancar. Kalo dah terbengkalai sana sini sudah pastinya boss akan komen sana sini dan gaji anda sudah tentunya akan menjadi mangsa keadaan. Anda jugak yang susah. Betul tak?
Read More


Thursday, April 28, 2011

Fenomena filem seram

Seram dan menakutkan?

Eeeeeeeeeeeeeee..... seramnya. Itulah filem seram masa kini. Menguasai pawagam dan kaca tv malaysia. Ada yang sampai dapat kutipan juta-juta. Ada yang separuh juta-juta. Pendek kata boleh buat duit dengan filem seram dan meremangkan bulu roma. Hantu dan jembalang masuk vcd dan panggung wayang daaaaa.....

Apohalpun seram seram jugak akan bikinan filemnya. Namun ada masanya kita perlu hadkan dan tapis adegan filem-filem seram nih. Tapis laa mana yang patut sebab banyak dan berlambak serta bersusun nak masuk pawagam menarik penonton ke pawagam tengok wayang seram...

Walau bagaimana seram sekalipun buatlah pilihan bijak. Bijak menilai dan menghalusi keseraman yang ada. Sekian terima kasih.
Read More


Wednesday, April 27, 2011

Sukan rentap futsal kosmo




Menarik sekali rentap futsal nih. Tawaran hadiahnya cukup menarik. Berentap berebut gelaran juara futsal. Iklan penuh dalam harian kosmo. Hari hari beli kosmo.

Sudah pasti sukan futsal memerlukan stamina yang lebih untuk berentap tanpa henti. Wah tanpa henti. 80 jam. Bukan calang calang pertandingan punya rentap.

apohal sekalipun selamat bersukan dan selamat maju jaya kepada mereka yang berentap dalam rentap futsal kosmo punya pasal.
Read More


Tuesday, April 26, 2011

Apakah anda tahu tentang cara mengorat yang paling power?

Assalamualaikum ,Salam Hormat dan Salam 1 Malaysia

Mengorat pun ada seninya jugak.

Boleh dikatakan semua orang tahu cara nak mengorat,akan tetapi tidak ramai yang tahu cara mengorat yang betul.Kerana ramai daripada anda telah banyak kali mengalami kegagalan. Masalah ini ramai yang telah mengalaminya kerana bagi mereka mengorat bukanlah satu seni yang harus dipelajari dan diperhalusi.

Seperti anda memandu kereta,hendaklah menggunakan gear satu dahulu sebelum ke gear dua,tiga dan seterusnya ke gear yang keempat.Jika anda terus ke gear empat maka akan rosaklah gearbox anda itu.Oh ya saya bukannya nak berceritakan tentang kereta tetapi jika anda ingin memulakan perkenalan dalam ertikata lain mengorat,anda haruslah mengikut langkah demi langkah (step by step).Jika terus hentam kroma sahaja mana boleh dapat,tetapi jika anda ada RM (Ringgit Malaysia)satu almari muka pecah rumahpun boleh dapat perhatian.

Mengorat itu adalah satu seni yang yang ramai diluar sana tidak mengetahuinya.Kerana seni di dalam mengorat itu susah untuk ditonjolkan melainkan bagi mereka yang betul-betul tahu akan keseniannya. Dan disebabkan itulah mereka yang tahu akan kesenian mengorat ini tidak pernah hampa atau gagal dalam menjayakan misi mereka itu.

Bukan satu atau dua malah mereka ada berbelas-belas spare tyre,kadang-kadang bagi kita yang langsung tidak ada buah hati atau kekasih hati pasti akan merasa pelik bagaimana mereka ini boleh mendapat teman istimewa dengan cara yang begitu mudah sekali.Pada hal muka kebanyakkan dari mereka itu tak lah ok sangat jika dibandingkan dengan anda sendiri.Rahsianya sangat mudah kerana kebanyakkan dari mereka ini memulakannya mengikut langkah-demi langkah.Yang dahulu didahulukan dan yang kemudian di kemudiankan.Barulah ada mata yang akan memandang tanpa berkelip pada anda.

Untuk menjadikan diri kita ini manjadi tumpuan,anda haruslah mencari satu aset yang menarik dan tidak ada pada orang lain.Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa didalam diri kita ini ada satu aura yang boleh menarik tumpuan orang.Untuk mendapatkan aura ini anda haruslah menyelami dan mendalami akan diri anda sendiri.Bagaimana cara nak menyelami dan mendalaminya?Semuanya ada di dalam
www.rahsiamengorat.com

Kesimpulannya, dalam proses belajar mengorat ini,anda seharusnya tahu akan kehendak dan citarasa setiap orang baik lelaki mahupun wanita.Ini akan lebih memudahkan anda untuk meneruskan langkah-langkah yang seterusnya.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi, sila klik disini


Read More


Monday, April 25, 2011

Jenama kopi radix pilihan anda...



Mana satu jenam kopi radix pilihan anda? Atau hanya ada satu jenama kopi radix aje?

Bagaimana kopi radix boleh diwujudkan dalam pasaran malaysia?

Kenapa dengan kopi radix? Mana satu aku mau pilih?

Sudah tentu mau pilih kopi radix hpa punya laaa...

Hati hati dengan kopi radix tiruan. Harap maklum...
Read More


Sunday, April 24, 2011

Alahai ... Bukan salah nasi lemak

Isu nasi lemak masih lagi hangat diperkatakan. Larangan jualan nasi lemak masih berkuatkuasa sepenuhnya.

Alahai nasi lemak menjadi bahan larangan pulak dah...

Itu bukan salah nasi lemak. Kenapa perlu mencari salah siapa atau salah makan. Isu yang terpenting di sini adalah mencari jalan pencegahan bagi mengelakkan obesiti kepada sebilangan rakyat malaysia. Makan apa-apa makanan sekalipun jika tubuh akan naik tetap naik. Tubuh kurus cekeding pun akan tetap cekeding aje walau banyak mana makan sekalipun...

Cara yang terpenting sekali adalah kawalan pemakanan dengan cara yang sehat. Kurus atau gemuk jika penyakit nak datang akan datang melanda jugak jika kita tidak mengawal cara pemakanan yang sehat dan teratur.

Dengan demikian kawal pemakanan anda untuk kesihatan yang sejahtera.

renung renungkan dan selamat beramal...
Read More


Saturday, April 23, 2011

Tolonglah jangan buat pertandingan makan durian...

salam ceria...

Bertemu kembali... Ini cerita kisah raja buah. Raja durian... Durian yang dipertandingkan untuk merebut hadiah lumayan. Pertandingan makan durian. Pada aku tak perlu susah payah buat pertandingan yang membazir sakan ini....

Kenapa pertandingan makan durian tidak perlu dibuat atau diadakan pertandingan tersebut? Kalo nak makan biarlah makan durian tu dengan cara yang berpada-pada. Risiko pertandingan makan durian salah satunya adalah pembaziran. Kalo berkumpul makan rama-ramai tidak mengapa. Kalo buat pertandingan makan durian untuk mencari juara makan durian, rasanya memang tak kena sakan.

Alasan yang seterusnya tidak perlu pertandingan durian ini adalah risiko tercekik bijik durian. Yerlah sedang asyik asyik berlumba lumba nak makan durian dan nak habiskan dalam masa yang ditetapkan tetiba silap haribulan dan tak kena cara tercekik pulak jadi. Siapa yang akan susah?

Semua orang akan susah... sesal kemudian dah tak guna dah kalo berlaku apa-apa perkara yang tidak terduga...

Jangan membazir untuk pertandingan makan durian yang tidak perlu...

Makan pulut durian best gak...
Read More


Ipad 2 Habis Dijual...

Begitu berpengaruh sekali penangan ipad masa kini. Semuanya habis dijual. Asal nak keluar aje yang baru pastinya habis kena serbu. Maklumlah teknologi punya pasal semua orang berebut rebut nak dapatkannya sehinggakan tokey ipad tak dapat nak penuhi permintaan yang diluar kawalan tersebut. Itulah yang terjadi permintaan melebihi pengeluaran.

Lepas nih boleh simpan duit khas untuk pembelian ipad tersebut pada masa akan datang.

Aku nak beli ipad jugak la lepas nih...

Perlumbaan ChurpChurp For Ipad
Read More


Friday, April 22, 2011

Isu nasi lemak dan pelajar sekolah

Memang mendukacitakan sekali sekiranya larangan menjual nasi lemak di kantin sekolah diwujudkan. Mana mungkin aku setuju dengan cadangan tersebut.

Nasi lemak menjadi makanan larangan dikantin sekolah atau dijual sekali seminggu sahaja. Baik jual roti canai dan teh tarik aje dekat kantin sekolah lepas nih...

Roti canai satuuuuuuu.....

Takkan nasi lemak punya pasal nak kena buat larangan jualan di kantin sekolah pulak. Habis tu rutin harian para pelajar lepas sekolah macam mana pulak? Musim cuti sekolah macam mana pulak pemakanan mereka?

Obesiti perlukan kawalan yang tersendiri dari tuan empunya diri... Kurus cekedingpun makan banyak tak naik2 jugak angka kilogramnya. Tu yang hairan...

Namun yang obesiti pulak terus terusan makan tetap akan mendadak naik angka kilogramnya...
Read More


Thursday, April 21, 2011

Rentak penulisan

Aku masih mencari dan tercari cari rentak penulisan aku yang tersendiri. hahahaaa...

Macam susah pulak nak cari rentak penulisan. Penulisan yang bagaimana? yang santai? yang serius? yang bersahaja? yang selamba? yang hentam kromo?

Banyak gaya penulisan yang boleh anda dan sekalian penulis blogger boleh mulakan. So sementara masih tercari cari rentak penulisan tu, teruskan menulis dengan gaya penulisan yang tersendiri.

Jangan lupa buat penyelidikan dan pembacaan yang maksima untuk menggandakan lagi tahap profesional gaya penulisan masing masing. dan tidak lupa juga bank idea. Bank idea nih penting juga untuk menghasilkan penulisan anda untuk masa depan. Datang aje idea tulis dan simpan. dapat idea kemudian simpan dalam draft. Kemudian tulis dan publishkan...

Manalah rentak penulisan aku nih... tak dapat2 lagi daaaa......
Read More


Kerja sambilan atau kerja tetap

Kerja kat mana? Berapa gaji?

Persoalan tersebut akan ditanya oleh mana2 orang yang bertemu dan bersua muka dengan anda. dah tentu soal kerja dan duit menjadi satu topik yang menarik sekali untuk diperkatakan. Lebih2 lagi yang kerja dengan kerajaan atau swasta. Mana-mana tempat pun okay sama ada kerja tetap atau kerja sambilan. yer tak?

Kerja kerajaan dah tentunya dapat gaji bulanan serta pencen yang berpatutan.

Biarpun ada kerja tetap kerajaan atau swasta pasti akan ada kerja sambilan masing-masing bagi menampung kerjaya yang sedia ada.

sekian terima kasih.
Read More


Wednesday, April 20, 2011

Biarpun sengsara derita kerja harian perlu diteruskan...

Pernah anda alami satu ketika suatu hari yang menyebabkan anda jatuh sakit atau sakit tak seberapa atau ala kadar sakitnya seperti demam atau pening kepala atau lenguh2 badan yang menyebabkan anda tidak selesa untuk pergi kerja.

Begitulah kehidupan manusi di dunia ini. Ada masa sihat dan ada masa sehat walafiat.

Namun demikian kerja punya pasal anda gagahkan juga untuk hari tersebut biarpun anda boleh mengambil cuti sakit. Jangan buat buat sakit untuk mendapatkan cuti rehat.

dan cerita hari ini aku sudah lewat ke tempat kerja disebabkan sakit perut. Kelmarin dan hari ini. Siksa sungguh kalo sudah sakit2 nih. Sakit perut dengan sakit melepuh mulut. Sakit sebegini biasa aje sebab ia akan bersilih berganti. Lain hal pula cerita mereka yang sakit tak dan sentiasa berdepan dengan cabaran kesakitan setiap hari. Menderita.

Anda sepatutnya bersyukur... Hargailah kesihatan yang anda miliki...

p/s ; oh ya musim durian sudah tiba. Kisah buah durian 2011 pulak dah....
Read More


Cara Mengorat Yang Betul....

Rasanya ramai yang nak tahu berkenaan cara mengorat yang betul.

Jika anda dag tahu cara mengorat yang betul gerenti anda akan dapat awek yang cun giler punya. Namun demikian jika cara mengorat tidak kena cara sudah tentunya anda akan kecewa sakan.

Jangan pakai hentan kromo dah ler. Memang takkan menjadi punya cara mengorat hentam kromo ikut suka hati. Anda jugak yang rugi...

So jik anda mahu ketahu cara mengorat yang betul silakan baca sehingga ke perenggan akhir...

Petikan dari sembang umum wangcyber.


Teknik mengorat awek cun macam model :

1- mula-mula kenal-kenal biasa dulu

2- masa awal2, jangan sesekali memuji kecantikan dia. kita mesti tunjukkan yang ala kau ni biasa je tak yah la nak mengada-ngada.

3- kita buat dia rasa macam orang biasa-biasa je

4- kita jangan layan sangat dia

5- biasanya, dia akan bersama kawan dia kalau jumpa kita. So, kita layan kawan dia lebih-lebih dari dia. Buat-buat tak layan minah cun tu. kalau nak efek lagi power, kita rendah-rendahkan diri minah cun tu dengan menggunakan unsur-unsur sarcastic. tapi janganlah sampai hina dia.

6- Bila kita tak layan sangat dia dan anggap dia macam biasa je, dia akan mula dahagakan perhatian kita. dalam hati dia - aku ni lagi cun dari kawan aku, apesal mamat ni tak layan aku ? semua manusia nakkan perhatian, lebih-lebih lagi kalau perempuan tu cun. emotional gap akan terbentuk.

7- sekarang dah ada emotional gap. masa untuk mula menyerang. tapi ingat, jangan rakus jagan gelojoh. slow and steady.

8- sekarang berikan perhatian pada si dia. slow and steady. sebabkan tadi dia dahagakan perhatian kita dan bila kita bagi perhatian, dia akan mula layan kita.

9- pada peringkat permulaan jangan terlalu kerap layan dia. kalau sms, sms siket-siket dah. bila dah lama-lama baru kita sms banyak kali. kalau sms, pastikan ada unsur humor/lawak. kita nak pastikan setiap kali dia baca sms kita, dia tersenyum.

10- bila perasaan mula terbentuk, beri perhatian yang lebih. beli hadiah-hadiah yg cute, dia pasti suka.

11- dan yang paling penting sekali jauhi zina. masuk minang cepat-cepat.
Dah dapat...? Tapi macam mana nak dapatkan phone number?

Cik adik... mintak phone number boleh???
Read More


Kisah dan nasib Murtabak Raja

Nasib Murtabak Raja...

Seperti tersepit antara dua pihak. Murtabak raja menjadi mangsa sikap mereka yang endah tak endah mahu meluluskan logo halal yang dipohon. Kenapa logo halal tidak diselaraskan seluruh negara? Kenapa ada perbezaan yang tampak ketara?

Murtabak raja terpaksa mendapatkan logo halal dari vendornya?

Kenapa?

Isunya hanya satu perkara berkaitan penggunaan logo halal. Murtabak raja didakwa menggunakan logo halal palsu. Kenapa masih ada logo halal palsu sedangkan ia boleh diselaraskan untuk seluruh pelusuk negara dengan hanya menggunakan satu jenis logo pilihan yang telah ditetapkan. Apa lagi yang tak kena?

Mana mau order murtabak raja...???
Read More


Tuesday, April 19, 2011

setahun yang laluuu...

Tahun 2010 kerja tempat lain. Kemudian masuk era tahun 2011 kerja tempat lain pulak. Tempat terdahulu kerjanya macam biasa aje dengan kadar tangga gaji hampir 1k. Tempat baru kena potong gaji ke tangga 3 angka aje.. 7++ gitulah gayanya.

Tempat kerja lama majikan yang lain dan tempat kerja yang baru dah tentunya suasananya berbeza jugak. Jika tempat kerja lama ada time untuk rehat. Tempat kerja baru kena kerja lebih masa sikit... Kerja punya pasal kena teruskan usaha untuk kehidupan masa depan.

sekian dahulu... len kali sambung lagi...
Read More


Parking basikal dan motor

Hari ini macam biasa beskal dan motor terpaksa mereka parking depan rumah aku... Dulu sikit aje. Sekarang tambah dengan sekolah menengah dengan sekolah rendah. Penuh beskal dan motor ... tuan rumah nak parking dan kuar pun jadi sukar..

Silakan parking alik tu deh...

Nak kena tegur dan beri amaran keras NO PARKING kepada mereka semua nih. Jika tidak ramai lagi yang sedap-sedap hati nak parking. Kesian ler dekat tuan rumah...

Itu saje info hari ini... see yaaaa...
Read More


Monday, April 18, 2011

yuhuuuu cuti satu hari...

hari ini dapat cuti sehari setelah bermalam 2,3 empat hari di tempat kerja. maklumlah kena kerja malam. esok lusa kerja dikesiangan hari pulak. Panas membahang tak dapat nak terkata apa. biarlah dulu pasal kepanasan dan kehujanan dan berembun. iTU Kerja punya pasal kena ikut arahan aje laa.. hehehee.. tiap2 bulan kena tunggu dapat gaji setelah berpenat lelah kerja dengan tulang empat kerat.

Dah dapat gaji kena simpan laa... Simpanan untuk kecemasan masa depan atau apa-apa keperluan masa akan datang.. sekian terima kasih.

Lenkali sambung lagi...
Read More


Tuesday, April 5, 2011

Pelumba Basikal Negara Azizul Hasni Bersanding



Azizul hasni kahwin.


Persandingan azizul hasni




Sebagaimana yang telah diketahui umum azizul hasni awang telah selamat bersanding setelah penangguhan demi penangguhan untuk melangsungkan acara gemilang persandingan mereka.

Kini mereka telah selamat bersanding dengan jayanya...

Moga gemilang di treka basikal maka gemilang juga di trek rumah tangga.
Read More